Tuesday, 19 March 2019

TIP PEMERIKSAAN KENDERAAN

TIP PEMERIKSAAN KENDERAAN,
Selain minyak enjin



Setiap kali perkara yang tidak diingini berlaku – kereta rosak dalam perjalanan – terutamanya ketika musim perayaan, satu soalan selalu muncul dari orang sekeliling terhadap pemilik kereta, “Kau tak servis kereta ke sebelum jalan jauh?”

“Servis kereta” dalam pemahaman orang kita ialah menukar minyak enjin dan penapis minyak enjin. Bila Hari Raya hampir tiba, selain dari Bazar Ramadan, Uptown dan pusat membeli-belah lain, bengkel dan pusat servis kereta antara premis yang cukup sibuk dan sering dikunjungi pelanggan.

Sudah menjadi lumrah dalam masyarakat kita untuk “menservis kereta” setiap kali menjelang Hari Raya. Yang peliknya, pada bulan-bulan lain, ada sebahagian dari pemilik langsung tidak mengendahkan tentang “servis kereta”. Hanya menjelang Hari Raya, barulah mereka teringat untuk “menservis kereta”. Anda jangan terkejut, ada juga yang menganggap dengan hanya menukar minyak enjin dan penapis minyak enjin perjalanan akan menjadi selamat.

Sebenarnya menukar minyak enjin dan penapisnya hanyalah sebahagian perkara utama yang perlu dititik beratkan untuk memastikan perjalanan anda pada musim perayaan ini selamat. Jika anda menghantar kereta anda ke pusat servis pengedar sah, setiap kali sesi servis berkala dilakukan, pemeriksaan keseluruhan pada kereta anda turut akan dilakukan dan anda akan dibantu dengan khidmat nasihat dari Penasihat Servis yang bertugas.

Pada musim perayaan juga, selalunya pusat servis bertauliah ini akan mengadakan kempen pemeriksaan percuma, lengkap dengan ‘check sheet‘ yang akan dikeluarkan setelah kereta anda diperiksa.

Untuk mereka yang tidak lagi menghantar kereta mereka ke pusat servis seperti yang dinyatakan di atas, anda perlu lebih berhati-hati. Bengkel biasa selalunya tidak mempunyai Penasihat Servis untuk membimbing anda serta memberitahu maklumat terperinci kepada mekanik apa yang perlu diperiksa pada kereta anda. Akhirnya, permintaan anda untuk menservis kereta hanyalah dilakukan sekadar menukar minyak pelincir dan penapis.

Jadi apa yang anda perlu tahu berkenaan pemeriksaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi perjalanan yang jauh? Secara amnya, dua bahagian perlu diperiksa iaitu bahagian dalam ruang enjin dan bahagian bawah kenderaan.


Pemeriksaan pada bahagian ruang enjin

1. Periksa tahap dan keadaan minyak enjin

Ini untuk mereka yang telah membuat penukaran minyak enjin terlebih dahulu sebelum ini. Pastikan minyak enjin berada pada tahap antara ‘Max’ dan ‘Min’ pada dipstick. Tambahkan minyak pelincir jika perlu. Juga perlu dipastikan minyak enjin tersebut tidak bercampur dengan air (menjadi seakan warna teh tarik). Jika itu berlaku, berita buruk buat anda kerana air dari sistem penyejukkan enjin telah bocor ke dalam enjin, dan sudah tentu enjin anda perlu dirombakrawat (overhaul).

2. Periksa tahap dan keadaan bendalir brek

Pastikan minyak brek juga berada pada tahap antara ‘Max’ dan ‘Min’. Jika didapati bendalir tersebut berada pada tahap terlalu rendah dan anda dapati pedal brek anda perlu dipam terlebih dahulu sebelum mendapat tekanan yang diperlukan, ini bermaksud ada kebocoran berlaku pada sistem hidraulik brek anda. Kehilangan tekanan juga boleh disebabkan kerana wujudnya udara dalam sistem hidraulik brek, maka proses bleedingperlu dilakukan untuk membuang udara dalam sistem tersebut.

Jika tiada kehilangan tekanan dirasakan tetapi bendalir tersebut berada pada tahap rendah, ini bermaksud pad brek anda sudah menipis. Tambahkan bendalir brek, tetapi jangan sehingga pada paras maksimum jika pad brek masih boleh digunakan. Ini kerana bendalir brek tersebut akan melimpah keluar jika pad brek baharu ditukar kelak.

Minyak brek perlu ditukar sekiranya ia kelihatan sangat kotor atau ia telah digunakan dalam jarak 40,000 km atau dua tahun. Bendalir brek adalah diasaskan dari bahan glikol, dan ia cenderung untuk menyerap air dari atmosfera. Jadi jika terlalu lama minyak brek tidak ditukar, ia akan menyebabkan brek gagal berfungsi sepenuhnya dan mungkin juga menyebabkan pengaratan berlaku dalam sistem brek yang bukan sahaja akan menyebabkan kebocoran, ia mungkin juga akan menyebabkan omboh pada angkup dan pam brek tersekat (jammed).

3. Periksa tahap dan keadaan bendalir transmisi automatik (ATF)

Tidak semua transmisi automatik mempunyai dipstick untuk memeriksa tahap ATF ini. Cara untuk memeriksa tahap bendalir ATF adalah berbeza dengan cara memeriksa tahap minyak/bendalir lain. Ini kerana tahap ATF adalah berbeza pada keadaan sejuk dan keadaan panas (suhu bekerja). Jika kereta anda belum dihidupkan dan enjin masih sejuk, pastikan tahap ATF berada disenggatan ‘cold’ pada dipstick.

Untuk memeriksa tahap pada keadaan panas pula, hidupkan enjin sehingga kipas radiator berfungsi (menandakan enjin telah sampai ke suhu bekerjanya), kemudian periksa dipstick, pastikan tahap ATF berada pada senggatan ‘hot’.

Pastikan ATF tidak bercampur dengan air (sebahagian kotak gear automatik mempunyai sistem penyejuk ATF yang turut melalui bahagian bawah radiator, berisiko untuk bocor dan menyebabkan air masuk ke kotak gear).

Semak buku manual anda untuk mengetahui berapa jarak perbatuan yang telah ditetapkan untuk menukar ATF (secara amnya ATF perlu ditukar dalam jarak 40,000 km sekali). ATF juga perlu ditukar sekiranya ia sudah terlalu kotor. Juga pastikan sistem kotak gear anda kerana untuk kotak gear automatik CVT (menggunakan bendalir CVTF) dan kotak gear klac berkembar menggunakan bendalir yang berlainan.

4. Periksa tahap dan keadaan bendalir stereng kuasa

Stereng kuasa juga menggunakan sistem hidraulik. Pastikan bendalir berada pada senggatan antara ‘Min’ dan ‘Max’. Jika cecair berada pada tahap sangat rendah, ada kemungkinan sistem stereng anda mengalami kebocoran pada saluran paip, pam, atau rak stereng itu sendiri. Bendalir tersebut juga perlu ditukar jika ia sudah terlalu kotor.

5. Periksa tahap dan keadaan cecair penyejuk radiator (coolant)

Sebelum memeriksa cecair dalam tangki radiator, periksa dahulu cecair pada tangki simpanan. Pastikan cecair berada pada senggatan antara ‘Min’ dan ‘Max’. Jangan tambah cecair melebihi senggatan ‘Max’ kerana cecair tersebut memerlukan tekanan atmosfera untuk menolaknya ke tangki radiator utama. Jika tangki simpanan langsung kosong, periksa cecair di dalam tangki utama. Buat pemeriksaan tekanan jika perlu, dikhuatiri ada kebocoran berlaku pada sistem penyejukkan.

Jika anda hanya menggunakan air biasa untuk sistem penyejukkan, air perlu ditukar sekiranya ia telah terlalu kotor. Untuk yang menggunakan cecair penyejuk pula, anda perlu menukarnya setiap 100,000 km perjalanan.

6. Periksa keadaan semua hos

Semua hos bermaksud kesemua hos termasuk hos sistem penyejukkan, hos vakum dan kesemua hos sistem hidraulik pada sistem enjin, sistem stereng kuasa dan sistem brek. Selain memastikan ia bocor atau tidak, tekan hos-hos tersebut dan pastikan ia masih fleksibel. Jika ia sudah keras, pastikan anda menukarnya kerana dikhuatiri akan patah semasa beroperasi pada tekanan tinggi.

7. Periksa keadaan semua tali sawat (belting)

Semua tali sawat bermaksud kesemua tali sawat yang memusingkan sistem alternator, pemampat (compressor) sistem penghawa dingin, kipas (sekiranya kereta anda tidak menggunakan kipas elektrik untuk sistem penyejukkan) dan pam air pada enjin. Pastikan ia tidak merekah, berbulu atau tanda-tanda lain yang kelihatan seperti hampir terputus. Periksa juga keadaan tali sawat pemasaan (timing belt) jika kereta anda tidak menggunakan sistem rantai pemasaan (timing chain).

Tali-tali sawat ini biasanya perlu ditukar setiap 100,000 km, manakala untuk tali sawat pemasaan pula adalah berbeza mengikut pengeluar (rujuk buku manual kereta anda).

8. Pemeriksaan terhadap bateri

Pertama sekali, uji bateri dengan alat penguji bateri. Alat penguji bateri moden akan memberikan bacaan ‘bad and replace‘ sekiranya bateri tidak mampu menyimpan cas dengan baik. Tukar bateri segera kerana bila bateri tersebut akan rosak sepenuhnya tidak boleh dijangka. Jangan pelik sekiranya bateri anda perlu ditukar setahun sekali kerana kereta moden dilengkapi dengan sistem penggera, kotak komputer enjin, kotak gear dan pelbagai lagi dalam sistem elektrikal badan yang memorinya masih berjalan – menghasilkan parasitic load – walaupun enjin telah dimatikan sepenuhnya.

Ia berbeza dengan Proton Iswara yang baterinya boleh bertahan sehingga lima tahun kerana parasitic loadyang terhasil hanyalah pada sistem memori radio dan sistem penggera.

Selain itu, kotoran pada terminal bateri juga perlu dibersihkan dan jika anda tidak menggunakan bateri maintenance free, periksa juga kadar air pada bateri tersebut.


Pemeriksaan di bahagian bawah kenderaan (undercarriage)

1. Periksa kebocoran minyak/cecair bendalir di lantai tempat letak kereta

Ini merupakan pemeriksaan asas yang paling mudah sebelum memeriksa bahagian bawah kenderaan anda di bengkel (dengan mengangkat kereta menggunakan lift), periksa sama ada atau tidak minyak atau cecair bendalir menitik dari kereta anda ke lantai. Jika ada, mahu atau tidak, segeralah ke bengkel untuk membuat pemeriksaan yang lebih teliti.

2. Periksa keadaan keseluruhan bawah kenderaan

Setelah kereta diangkat, pemeriksaan yang lebih jelas boleh dilakukan sama ada terdapat kebocoran pada mana-mana sistem, keadaan paip ekzos, paip sistem brek dan keadaan casis bahagian bawah itu sendiri.

3. Pemeriksaan terhadap sistem suspensi

Pemeriksaan secara visual turut boleh dilakukan terhadap sistem suspensi contohnya keadaan penyerap hentak (terdapat kebocoran atau mungkin telah bengkok), keadaan semua bushing pada sambungan-sambungan sistem suspensi.

Satu lagi pemeriksaan yang boleh dijalankan untuk memastikan suspensi anda berada dalam keadaan baik atau tidak ialah letak kereta anda pada permukaan rata kemudian tekan badan kenderaan sekuatnya. Sekiranya kereta anda melantun lebih daripada tiga kali, ini bermaksud penyerap hentak anda berada dalam keadaan yang teruk dan perlu ditukar.


4. Pemeriksaan terhadap roda dan tayar

Setelah kereta diangkat, keadaan roda dan tayar dapat diperiksa dengan lebih jelas. Setiap tayar boleh dipusing untuk diperiksa sama ada terdapat paku atau benda lain tercucuk pada tayar yang menyebabkan tayar sentiasa perlu dipam.

Periksa juga keadaan bunga tayar. Secara ringkas:
Tayar yang hanya habis pada kedua-dua bahagian bahu adalah disebabkan tayar berjalan dengan keadaan tekanan angin yang tidak mencukupi.
Tayar yang hanya ‘botak’ pada bahagian tengah adalah kerana tekanan angin tayar yang terlalu tinggi.
Tayar yang hanya ‘botak’ pada bahagian sebelah sisi, atau bunga tayar kelihatan seperti dihiris-hiris, adalah kerana penjararan roda (wheel alignment) yang tidak betul.
Tayar hadapan haus lebih cepat berbanding tayar belakang – ini adalah normal kerana bahagian hadapan mempunyai beban yang lebih (enjin, transmisi dan sebagainya). Apa yang perlu anda lakukan adalah untuk menukarkan kedudukan tayar, tayar bahagian belakang dialihkan ke hadapan dan begitu juga sebaliknya untuk tayar bahagian hadapan. Tayar belakang yang ditukarkan ke hadapan perlu diseimbang semula (balancing) untuk mengelakkan stereng bergegar apabila mencapai kelajuan tertentu.

Ketika memusingkan tayar, anda turut boleh memeriksa sama ada rim bengkok atau tidak, dan juga keadaan galas roda (wheel bearing) yang akan menyebabkan komponen suspensi lain (seperti gegelung pegas) akan bergetar jika ia sudah rosak.

5. Pemeriksaan visual terhadap pelapik brek (brake pad)

Jika anda menggunakan rim aloi dengan jejari yang jarang, anda boleh membuat pemeriksaan ini tanpa membuka tayar. Setiap pad brek mempunyai sebatang plat besi penanda kadar maksimum penggunaannya. Plat tersebut akan bersentuhan dengan cakera brek dan menyebabkan bunyi geseran antara besi dengan besi terhasil menandakan pad perlu ditukar.

Sebaiknya, tukarlah pad brek sekirannya penanda tersebut hampir mengenai cakera untuk memanjangkan jangka hayat cakera brek anda, dan yang paling penting keselamatan ketika anda dalam perjalanan yang jauh.

6. Pemeriksaan terhadap tahap dan keadaan minyak gear transmisi manual

Transmisi manual tidak mempunyai dipstick untuk memeriksa tahap minyaknya. Ia boleh diperiksa dengan membuka skru lubang untuk mengisi minyak tersebut pada kotak gear. Secara am, minyak gear transmisi manual ini perlu ditukar sekitar 50-60k km sekali (rujuk buku manual kereta anda untuk jarak yang lebih tepat).

Namun setelah semua pemeriksaan ini dijalankan, anda perlu faham, manusia hanya merancang dan Tuhan yang akan menentukan segalanya. Terdapat beberapa perkara yang tidak dapat diperiksa oleh mekanik atas batas-batas tertentu.

Kipas radiator elektrik misalnya, anda bertuah sekiranya ia tidak berfungsi (perlu diketuk, barulah ia berfungsi semula) semasa pemeriksaan dilakukan, dan ditukar ketika itu juga. Motor kipas ini tidak diketahui berapa lama jangka hayatnya, bila ia akan rosak, serta tiada tanda-tanda awal kerosakan.

Apa yang paling penting, servis dan pemeriksaan ini perlu dilakukan segera dan jangan tunggu di saat-saat akhir. Ini kerana dikhuatiri alat ganti yang diperlukan tidak dapat diperolehi dalam masa terdekat dan juga ia membantu anda untuk mengatur semula kewangan anda sekiranya perbelanjaan yang diperlukan untuk pembaikkan melebihi bajet raya anda.

Anda juga dinasihati jangan mengamalkan budaya memeriksa kereta anda hanya pada musim perayaan, ini akan menyebabkan anda hanya menyedari ‘kerosakan terkumpul’ pada kereta anda ketika banyak perkara lain lagi yang perlu dilakukan menggunakan wang. Selenggaralah kereta anda mengikut jadual yang telah disarankan dalam buku manual yang dibekalkan pengeluar.

Bayangkan anda menservis kereta anda pada hari terakhir sebelum anda pulang ke kampung, setelah diperiksa, pam stereng kuasa anda bocor dan kedai alat ganti terdekat tidak mempunyai stok. Lebih memburukkan keadaan, harganya melebihi bajet raya anda untuk pulang ke kampung, jadi bagaimana?


-Sumber paultan.com


CAR RENTAL LANGKAWI AIRPORT


Telefon: 013-4678128 | Link WhatsApp

Monday, 18 March 2019

23 Aktiviti Meanrik Di Pulau Langkawi

Nota Editor : Artikel ini asalnya diterbitkan di blog Kisah Tatie, sebuah blog tentang lifestyle oleh seorang blogger sepenuh masa, Izzati. Beliau banyak menulis tentang travel dalam dan luar negara. Cuti sekolah tak lama lagi, semoga perkongsian ini membantu jika anda bercuti ke Langkawi.





Setiap kali pulang dari Langkawi, mesti hati jadi sayu. Sobsss … *drama queen sangat ahkak ko ni.. haha*. Tapi betul. aku tak pernah rasa bosan untuk ke sini. My favourite place to chillax with friends and family. Kot-kot ada yang nak pergi bercuti dengan family tu, bolehlah ke sini. For me, ini antara destinasi percutian family yang best di Malaysia.

Baik dari segi makan, pantai, duty free shopping hinggalah sejarah lagenda Mahsuri di pulau ini. Antara tempat-tempat menarik di Langkawi yang boleh korang pergi seperti Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Pantai Tengkorak, Laksamana Cheng Ho Cruise dan macam-macam lagi.

And, the best way to explore this island adalah dengan sewa kereta. Tak mahal pun sewa kereta kat Pulau Langkawi ni. Kena pandai deal, tapi kalau pergi time peak time, segalanya jadi MAHAL.

Aktiviti menarik yang boleh dilakukan kat Langkawi? Nahhh, 23 aktiviti ahkak kawww listkan berdasarkan pengalaman sendiri. Ada tarikan terbaru di Langkawi ni dan ada yang dah lama kat Langkawi ni. Yang lain sila-sila tambah di ruang komen jika rajin. Haks!!

1) Parasailing di Pantai Tanjung Rhu Langkawi



Rugi hang pa tak cuba parasailing kat sini. Ada dua lokasi, satu di Pantai Cenang, satu lagi di Pantai Tanjung Rhu. Tapi nak view lagi cantik, pergilah parasailing di Pantai Tanjung Rhu.

2) Berbasikal ‘tua’ di sekitar Padang Matsirat



Feeling-feeling hidup di zaman dulu-dulu dengan sewa basikal tua di Kampung Bohor Cempedak sambil layan bunyi kapal terbang dari airport, pemandangan kampung dan macam-macam lagi.

3) Sewa helicopter dan pusing di sekitar pulau



Dengan wang sebanyak RM550, korang boleh sewa satu helicopter selama 5 minit dan melihat panorama dari udara. Satu helicopter boleh muat 4 orang, 1 pilot dan 3 orang passengers.

4) Menikmati lauk pauk kampung di Laman Padi



Terliurnya tengok gambar kat bawah ni. Teringat pula kelazatannya. Lagi bertambah selera aku ‘membedal’ makanan-makanan ni bila duduk bertentangan dengan padi di Laman Padi ni. Tempat ni cantik sangat. Kalau tak nak makan, nak jenjalan saje pun boleh. Suka hati korang


5) Mencuba aktiviti lasak di Skytrex Langkawi


Skytrex Langkawi ni lagi mencabar dari Shah Alam sebab ia dibina di kawasan berbukit bukau. Soon, ada flying fox terpanjang di dunia. Cubalah jika berani.

6) Seafood galore di restoran-restoran seafood



Datang Langkawi tak sah kalau tak nikmati seafood kat sini. Banyak restoran-restoran yang menyajikan seafood-seafood segar dengan harga yang sangat berpatutan.


7) Lunch sambil melihat keindahan pulau di atas Blue Dolphin



Kot-kot ada duit banyak, tapi tatau nak spend macamana, sewalah Blue Dolphin. 4 jam untuk RM20,000. Dah naik nanti, uploadlah kat instagram dan jangan lupa hashtag #RKOM. Nak tau apa tu RKOM, pergila search kat Instagram sekarang. Huahuahua.


8) Menaiki cable car ke Gunung Mat Cincang



Pssst, ada benda baru kat sini iaitu Crystal Glass Cable Car!! Woot, woot!! Kalau rasa diri tu tak gayat dan nak naik sesuatu yang lebih mencabar, naiklah crystal glass cable car kat Langkawi ni. Memang togel habis!! Harga?? RM85 untuk seorang. Tu kalau naik crystal glass cable car. Tapi rasanya lagi murah jika bawa mykad.


9) Mencuba sukan lasak ATV di Oriental Village



Lasak sangat ke korang ni? Meh try ATV offroad kat sini. Aku naik pun kejap-kejap tersasar masuk semak. Hahaha. Ada tu yang siap menyumpah-nyumpah taknak naik lagi. Tapi best, sebab aktiviti ni lain dari yang lain. Takkan nak feeling cantik sepanjang masa je? Bosannya. Sesekali biarlah lumpur tercalit di wajah anda. Barulah sado!! Hahahaha.


10) ‘Be creative’ di Muzium 3D Langkawi



Muzium 3D Art in Paradise ini adalah yang kedua terbesar di dunia dan baru je dibuka bulan lepas. Muzium yang berharga RM17juta ini mempunyai lebih 200 gambar 3D. Make sure korang bergambar se-kreatif mungkin. Hehe.

11) Romantic lunch di The Cliff Pantai Cenang



Dalam mood honeymoon? Jom lunch dengan mood romantik di The Cliff Pantai Cenang. Sambil saksikan kemeriahan Pantai Cenang yang sentiasa dipenuhi dengan Mat Salleh dan pemandangan cantik Pulau Kentut Besar dan Pulau Kentut Kecil. Lawak tak nama pulau ni? Hahaha. Tapi memang ada. Tak percaya? Tanya encik google. Hahaha.


12) Mandi-manda di Jacuzzi Ayer Hangat Village



Berbeza betul kunjungan kali ini dengan kunjungan beberapa tahun lepas. Beberapa tahun lepas, aku datang, tempat ni macam biasa je. Takde benda yang menarik, setakat kolam air panas biasa. Tapi kini dah di upgrade dan macam-macam ada. Antara yang terbaru adalah kolam jacuzzi. Bagi yang berhijab, jangan risau. Jacuzzi ni berada di tempat tertutup. ;)

13) Berhibur di 6D Cinemotion



6D Cinemotion ni terletak bersebelahan dengan pintu masuk kabel car Langkawi. Antara tarikan terbaru di sini, lebih canggih dan lebih menyeronokkan.

14) Ber-Revo di Oriental Village



Imbangi badan korang di atas revo ini. Kot-kot nak explore kawasan Oriental Village Langkawi ni tapi malas giler nak jalan, bolehlah sewa revo ni. Hahaha.

15) Shop til drop di Duty Free Langkawi



Makcik-makcik sekalian, kalau datang Langkawi mohon jangan pengsan ye. Bawa-bawa istigfar bila masuk kedai duty free ni. Ye, ye saya tahu barang seperti pinggan mangkuk, tefal dan lain-lain lagi murah. Tapi mohon survey dulu di dua tiga kedai supaya tak pengsan bila tengok kedai satu lagi lebih murah dari kedai yang makcik pergi tadi. Hahaha.

16) BBQ sunset dinner & mandi di Salt Water Jacuzzi Net



Nak tengok sunset dalam situasi yang berbeza kat Langkawi ni? Naiklah Tropical Charters Cruise. Sambil lihat sunset sambil makan bbq. Sebelum makan, kita lompat dan mandi dulu di Salt Water Jacuzzi Net. Meriah tau naik Tropical Charters ni. Dahlah makan sampai kenyang, nak minum air sampai muntah pun takpe. Sebab free flow!

17) Berkayak di Sungai Kubang Badak



Laut kita dah pergi, sekarang pergi tengok sungai pula. Nak mengembara di sekitar sungai, tak syokla kalau naik bot kan. Sebaliknya kita berkayak. At the same time, bolehlah bina muscle sekali. Hahaha. Sungai Kubang Badak ni bersih sangat. Korang bukan berkayak sorang-sorang tau. Ada orang yang teman korang. Kengkadang boleh tengok orang siam naik bot. Pakcik ni cakap, kalau naik bot adalah 3-4 jam nak sampai sempadan siam.

18) Minum petang di Laksa Power Tepi Airport




My favourite laksa, Laksa Power. Sedap sangat!! Tapi make sure makan di gerai yang betul sebab tetiba banyak pula lori-lori jual laksa kat tepi airport. Semua nak mengaku paling sedap tapi hakikatnya ada satu je yang sedap kat situ. Hahaha.

19) Mandi di Tasik Dayang Bunting



Tasik Dayang Bunting ni mempunyai cerita dan mitos yang tersendiri. Disebabkan itu ramai yang berpusu-pusu untuk mandi kat sini.

20) Bergambar kenangan di Dataran Langkawi



Hey, korang .. yang datang Langkawi for the first time. Mohon amek gambar kat Dataran Lang ni. Kira wajiblah ada gambar kat sini. Helang tu memang stay sini forever dari zaman aku hingusan mula mengerti apa tu ABC sampailah dah besar panjang pun helang ni masih setia di Dataran Lang. Haha.

21) Borong gamat



“Apa nak beli kat Langkawi ni eh? Coklat dah beli, kain batik dah beli, pinggan dan tefal dah beli. Duit ada banyak lagi ni,” – rintihan seorang makcik kayo duit berkepuk-kepuk dalam wallet kat aku.

Makcik, jom borong gamat. Nak borong satu kedai pun takpe. Sebab gamat kat Langkawi ni fresh. Selain gamat, ada juga minyak-minyak urut lain. Semuanya murah. Beli makcik jangan tak beli.

22) Island hopping



Island hopping di Langkawi actually merangkumi Tasik Dayang Bunting sekali. Tapi kalau nak pergi tasik tu je pun boleh. Takde masalah. Tapi kalau nak lebih feel dan lebih seronok, pergilah island hopping kat sini. Memang best!

23) Snorkeling di Pulau Payar



Walaupun keadaan pulau ni makin lama makin merosot, tapi aku tetap suka Pulau Payar. Sebabnya ini adalah pulau pertama aku pergi snorkeling masa zaman hingusan dulu. Legend tu! Hahaha.


Sumber - thevocket

CAR RENTAL LANGKAWI AIRPORT


Telefon: 013-4678128 | Link WhatsApp

Saturday, 16 March 2019

TIP PEMILIHAN TINTED YANG TERBAIK


Film tinted ialah filem plastik jernih ataupun laminate metallic yang dipasang pada cermin2 kereta bertujuan untuk mengurangkan panas bahang cuaca khatulistiwa, mendapatkan suasana lebih privasi dan juga untuk lebih cantik dipandang.

Kalau kita ke kedai2 aksesori kereta, macam2 jenis tinted ada. Macam2 brand ada. Biasanya mereka kata mereka punya lebih bagus dan lebih murah banding tempat lain. Kalau nak yang murah memang ada, tetapi apa yang kita dapat? Kalau waktu panas, masih jugak rasa bahangnya. Sekarang baru aku tahu sebenarnya ada 3 ciri utama yang perlu kita tahu tentang tinted film ni iaitu VLT, UV dan IR rejection punya percentage. Kalau korang pegi kedai2 ni, cuba korang tanya pasal benda2 ni. Kalau mereka tak reti nak jawap, itu bermakna mereka tak cukup pro. Janji boleh pasang. Murah tapi kurang kualitinya.

1. VLT bermaksud Visible Light Transmission atau bahasa mudahnya ketelusan cahaya. Ikut undang2 JPJ, cermin depan mesti boleh tembus cahaya lebih 70% dan cermin lain 50%. Makin gelap filem tu bermakna makin kuranglah cahaya boleh masuk dan makin tinggi risiko untuk kena saman masa JPJ buat roadblock.

2. UV (Ultra-violet) Rejection bermaksud kadar pemantulan cahaya UV. Makin tinggi percentage makin bagus dan brand yang bagus biasanya boleh memantul sehingga 99% cahaya UV. Sinaran UV boleh menyebabkan kanser kulit dan mempercepatkan proses penuaan. Kalau wife aku bising2 cakap aku buang duit, aku nak tanya produk muka yang dia pakai tu tak buang duit jugak ke? (Jangan marah aaa?)

3. IR (Infra-red) Rejection bermaksud haba, wap atau kepanasan. Semakin besar percentage bermakna makin sejuklah kereta anda nanti. Semakin tinggi nilai IR ni, harganya pun semakin mahallah.

Checklist sebelum beli dan pasang tinted kereta:

1. Adakah filem mengandungi bahan2 besi yang boleh berkarat kemudian hari?
2. Adakah filem itu akan pudar atau luntur warnanya selepas beberapa tahun?
3. Adakah filem itu buatan Korea? Kalau buatan Korea, ianya lebih nipis dan akan pudar dalam tempoh 6 bulan.
4. Harga tidak mencerminkan kualiti. Barang2 yang takda brand, biasanya dihasilkan oleh pembekal yang sama. Awas! jangan tertipu dengan harga mahal tapi takda jenama.
5. Pilih kedai tinted yang ada hanya jual tinted sahaja. Mereka lebih pro dan ada tempat khas untuk buat kerja.



Rasanya brand paling bagus ialah V-Kool. Dikatakan ia diperbuat untuk USAF dan NASA untuk pasang kat jet fighter dan kapal roket mereka. Kalau betullah, memang tak boleh nak complaint apa2 lagilah. Tapi kalau pergi kedai tinted, mereka kata mereka punya lebih bagus daripada V-Kool. Itu dah bohong dah tu. Daripada segi harga, normal price untuk tinted ialah RM400- RM1000. Kalau kurang daripada itu bermakna tinted tu kurang bagus dan kalau lebih seribu, itu memang bagus sesangat. Tengoklah poket masing2. Kalau rasa nak awet muda, pasanglah yang mahal. Yang kadar IR Rejectionnya 99.99%.

Contoh brand yang aku dah survey:V-KOOL ELITE

VLT 73.4%
UV 99%
IR 94%

V-KOOL 63
VLT 61%
UV 99%
IR 66%

V-KOOL SECURE
VLT 70%
UV 99%
IR 94.8%

RIKECOOL RC 80
VLT 80.7%
UV 99.6%
IR 83.2%

RIKECOOL RC63
VLT 65.3%
UV 99.6%
IR 92.3%

Tentang harganya, aku belum tanya lagi. Masa kat Honda hari itu, salesman tu offer aku RM2500 untuk tolong pasang V-KOOL. Kat Brothers, ada gak buat tinted. Brand B-Good dari U.S. Dia nak beri aku RM1100. Aku tanya pasal VLT, IR dan UV masing2 terkebel2. Nak kena check tempat lain nampaknya. Tengahari tadi aku ke Brothers lagi. Mereka tanya bila nak pasang tinted. Aku cakap takda budget lagi. Tapi bila sampai sana, nampak benda lain pulak dah. Aku terpasang side step cover yang kat tepi pintu tu. Bukan yang original tapi color match dengan fabrik tempat duduk. Kalau original, harganya RM300. Yang ni aku kecek dapat RM170. Lepas ni aku nak pasang floor mat yang custom made punya. Ada color yang matching dengan warna fabrik kusyen.

Berbalik kepada tinted tadi, paling bagus kereta Estima akulah. Tak payah pening2 nak pasang tinted sebab cermin belakang memang dah sedia gelap. Dulu kecoh sekejap bila JPJ nak suruh tukar ke cermin cerah. JPJ kata cermin tu tak lulus. Habis tu, masa bawak masuk guna AP, masa check kat PUSPAKOM untuk register takda pulak kata tak lulus. Mati hidup balik aku takkan pasang cermin cerah. RM3300 kalau original dan RM2300 kalau buatan China punya. 

Tak pasal2 nak kena buang duit gitu sahaja. Tapi nak kata orang Jepun lebih pandai daripada orang Malaysia, kang ada yang makan kasut pulak dah. Cermin gelap tu factory-fitted. Bermakna orang2 Jepun yang kurang pandai daripada orang2 Malaysia ni dah buat kajian habis2 sebelum pasang. Kalau alasannya menyukarkan pemanduan waktu malam, itu teori orang bijak pandai kat Malaysialah.

Ada jugak yang kata kat aku, masa hantar ke PUSPAKOM dan JPJ, salesman akan tukar ke cermin cerah dulu. Lepas pemeriksaan, mereka tukar balik ke cermin gelap. Logiknya, bukan kerja senang nak tukar2 cermin tu. Ada jugak yang kata, Salesman dan pembeli kena bayar kat JPJ/Puspakom RM900 untuk lepaskan cermin gelap tu. Kalau bayar mana resitnya? Misteri sungguh kalau difikirkan. Boleh masuk Misteri Nusantara gitu!

Sekarang, perkara ni dah senyap balik. Berlambak2 kereta pakai cermin gelap mengalahkan VVIP. Tak kena saman pun? Aku malaslah nak fikir banyak2. Kalau JPJ saman aku, aku cari Ezanee. Mintak tolong dia tulis surat kata aku ada masalah silau yang kronik. Suruh Ezanee guna medical term yang susah2 sikit. Biar termenung Pegawai JPJ tu membacanya.



Sumber - Zouldahanblog



CAR RENTAL LANGKAWI AIRPORT


Telefon: 013-4678128 | Link WhatsApp

Friday, 15 March 2019

PENGETAHUAN MENGENAI KERETA DIESEL


Apa yang perlu anda tahu tentang Kereta Diesel





Teknologi diesel sentiasa bertambah baik, syarikat kereta namun beberapa Kerajaan telah memberi tekanan terlalu banyak untuk pengeluaran yang lebih rendah dan langkah ini telah ‘memaksa’ syarikat-syarikat kereta menolak sempadan teknologi sebelum mereka bersedia untuk melancarkan pasaran untuk kemasukkan jualan. Pengeluar kereta seperti Volkswagen sudah mempunyai enjin yang terbaik dan pengeluaran yang rendah dengan ekonomi bahan api yang sangat baik, tetapi dengan tegas undang-undang kerajaan tempatan menolak mereka keras, tangan mereka telah dipaksa untuk melakukan apa yang mereka lakukan. Kita harus melihat gambaran yang lebih besar. Pengeluar kereta America tidak mempunyai kereta dengan kuasa diesel. Volkswagen dan kumpulan mereka, Audi, Porsche dan Skoda menerajui dalam bidang ini (enjin diesel) dan mereka pasti akan menjual lebih banyak kereta dan meninggalkan pengeluar kereta Amerika.



Jika anda ingin membeli sebuah kereta diesel baru, sila bandingkan kebaikan dan keburukan kenderaan berkuasa diesel yang kami sediakan di sini. Pertimbangkan fakta-fakta untuk membantu anda memilih antara enjin berkuasa diesel atau petrol:

PRO: Diesels mendapat pulangan kilometer yang besar. Mereka biasanya memberikan penjimatan bahan api 25 hingga 30% lebih baik daripada enjin petrol sama dan kira-kira 15 hingga 25% lebih baik daripada kereta berkuasa hibrid (mempertimbangkan jenis hibrid di pasaran hari ini).

CON: Bahan api diesel digunakan untuk trak komersil, rumah dan penjana industri, dan minyak bahan pemanas, supaya permintaan bagi kenderaan penumpang diesel tumbuh, harga bahan api diesel mungkin terus meningkat setanding dengan harga petrol kerana persaingan dari pengguna lain.



PRO: Bahan api diesel adalah bahan api yang tebal yang lebih berkesan tenaga yang ada hari ini. Kerana ia mengandungi tenaga yang lebih mudah untuk digunakan daripada petrol, ia memberikan penjimatan bahan api yang lebih baik.

CON: Walaupun bahan api diesel dianggap lebih sesuai digunakan kerana ia menukarkan haba kepada tenaga bukannya menghantar haba keluar paip ekzos seperti kenderaan petrol tetapi kerana asap hitam diesel yang terhasil dari pemancar tailpipe dan bau busuk menolak kelebihan diesel dari petrol ini.



PRO: Diesels tidak mempunyai spark plugs atau distributors. Oleh itu, mereka tidak perlu ignition tune-up.

CON: Diesels masih memerlukan penyelenggaraan yang kerap untuk memastikan mereka berjalan. Anda perlu menukar minyak dan penapis udara, minyak, dan bahan api. Bahan api diesel yang lebih bersih tidak lagi memerlukan anda untuk bleed air yang berlebihan keluar dari sistem, tetapi banyak kenderaan masih mempunyai pemisah air yang perlu dikosongkan secara manual.




PRO: Enjin diesel yang dibina lebih rugged untuk menghadapi ketidaktentuan mampatan yang lebih tinggi. Oleh itu, mereka biasanya tahan lebih lama daripada kenderaan berkuasa petrol sebelum mereka memerlukan pembaikan besar. Mercedes-Benz memegang rekod umur panjang dengan beberapa kenderaan catatan masa lebih daripada 900,000 batu pada enjin asal mereka! Anda mungkin tidak mahu untuk menggantung ke kenderaan yang sama untuk 900,000 batu, tetapi usia yang panjang dan boleh dipercayai seperti itu pasti boleh membantu dengan nilai tukar beli dan dijual semula.

CON: Jika anda mengabaikan penyelenggaraan dan sistem suntikan bahan api rosak, anda mungkin perlu membayar mekanik diesel lebih banyak wang kerana enjin diesel yang lebih maju dari segi teknologi. Pam diesel perlu servis biasa bergantung kepada kualiti diesel yang digunakan untuk menjalankan kenderaan setiap hari.



PRO: Kerana cara ia membakar bahan api, enjin diesel menyediakan lebih tork kepada driveshaft berbanding enjin petrol. Akibatnya, kereta penumpang diesel paling moden lebih cepat daripada permulaan berdiri daripada rakan-rakan berkuasa petrol mereka. Apa lagi, trak, SUV, dan kereta diesel juga boleh menunda lebih kenderaan berkuasa petrol ketika masih menyampaikan ekonomi bahan api yang lebih baik.

-Sumber Goshed Gostan




CAR RENTAL LANGKAWI AIRPORT


Telefon: 013-4678128 | Link WhatsApp

Thursday, 14 March 2019

TIP BAGI WANITA YANG NAK TRAVEL SECARA SOLO




Sama ada kalian travel seorang diri atau pun bersama kawan-kawan. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada bakal traveller di luar sana.


1. Penyeluk saku

Saya alami kejadian ini di Rome dan hampir menjadi mangsa. Ia berlaku di dalam keretapi. Macam subway gitu. Masa tu keadaan dalam keretapi agak dengan penumpang. Alhamdulillah, Allah masih lindungi saya.

Macam mana nak cam? Penyeluk saku ni tidak kisah lelaki atau perempuan. Biasanya muda. Dan masa saya kena, dia pakai baju musim sejuk yang labuh. Cukup untuk tutup tangan dia semasa giat merayap selongkar beg kita.

Saya bernasib baik sebab beg tu macam susah nak buka, banyak barang dan juga sebab saya cepat beralih daripada orang tersebut. Sebab dia himpit kita rapat sangat.

Suasana agak kecoh dalam keretapi bila saya tersedar apa yang dia sedang cuba lakukan kepada saya. Penyeluk saku itu kemudian melarikan diri lepas tekan butang kecemasan. Dan orang-orang yang ada di sekitar dalam keretapi mula pandang dan bertanya adakah dia ada lakukan sesuatu kepada saya dalam Bahasa Italy, konon-konon faham. Haha


2. Pegang handbag di depan dan letak tangan di atas bahagian beg yang boleh dibuka.
Saya biasa pegang beg dengan cara menyilangkannya di depan dan tangan diletakkan ke atas zip atau penutup beg jika masuk subway. Tapi masa dekat Rome, entah macam mana terlupa sekejap. Biasanya bila pegang beg macam tu saya selamat. Dapat elak jadi mangsa.


3. Jangan layan orang yang konon-konon nak meminta derma, meminta kalian tandatangan petisyen.

Itu semua strategi untuk mendapatkan duit. Di Paris ada banyak orang macam ni. Di Venice pun ada. Di Venice saya terkena. Hehe. Tapi tidak mengapa, kira niat baik masa tu nak tolong. 


4. Jangan ambil bunga ros free yang diorang bagi. 


Biasanya, mereka ni Gypsi. Kalau awak ambil, mereka akan kejar awak dan minta awak bayar. Dan awak WAJIB bayar sebab awak dah ambil. No return policy. Ni dekat Italy, Peranchis.


5. Di sekitar Eiffel Tower, akan ada orang datang borak-borak dengan awak. JANGAN layan.

Sebab nanti dia panggil geng dia datang dekat. Sedar-sedar, awak dah hilang barang awak. Mereka akan berlakon macam buat-buat tanya arah jalanlah.
Buat-buat tak faham Bahasa Inggeris dan nak mintak bantuan lah. Sila hati-hati. Orang yang berjalan berkumpulan atau dengan pasangan pun terkena dengan teknik ini.
 

6. Di kebanyakan tempat, awak akan jumpa banyak peminta sedekah.

Kebanyakannya berupa macam orang Islam tapi sebenarnya mereka berasal dari Romania. Jangan terkejut kalau ada yang bagi salam, sebut nama Allah dan sedekah.

Di sini, terserah pada kalian nak bagi ke tak. Saya pilihuntuk keras hati sebab risau ramai lagi yang akan datang. As I am travelling alone. Safety is my priority.
 

7. Di Turki, budak-budak akan datang peluk awak minta belas kasihan.

Tapi jaga-jaga dengan barang sebab kita tak pasti kot mereka ada ambil apa-apa. Di sini, jika awak bagi kepada seorang budak, budak-budak yang lain akan datang juga. Berhati-hatilah.
 

8. Dalam train metro/subway, akan ada orang sembahyang.

Macam berdoa dengan kuat. Lepas habis bacaan doa, dia akan datang minta duit sambil bawa tabung atau cawan.
 

9. Jangan senyum. Pendek kata kurangkan senyuman.

Sebab bila anda senyum ia memberi isyarat anda nak berkenalan dan sudi ke bilik tidur bersama. Ini masa jalan-jalanlah.

Mereka suka orang luar terutama yang bertudung. Sebab senang nak cam dan mungkin senang untuk djadikan mangsa. Again, it is ok to be nice. Just be careful.

Ada satu kejadian semasa di Paris, saya sedang tunggu keretapi Frankfurt dan duduk sorang diri di bangku. Ada beberapa orang di hadapan dan di sebelah saya.

Tiba-tiba ada seorang lelaki kulit putih datang duduk di sebelah. Dia taip dengan hp dia “I want to be your friend” and tunjukkan kepada saya. Saya cakap saya tak faham Bahasa Inggeris dan buat-buat blur.

Dia buat cubaan lagi sekali ajak berkawan. Saya tolak dan cakap macam “saya tak faham apa yang awak tulis” dengan mimic muka blur. Lepas tu, dia mengalah dan berlalu pergi.
 

10. Jangan sesekali percaya mereka yang tiba-tiba datang nak tolong.


Contohnya anda baru sampai dan rasa blur tidak tahu arah. Tiba-tiba ada orang datang kata, where are you going?

Anda pun tunjuk alamat. Dia kata dia boleh tolong bawakan. Sebenarnya, dia tipu. Dia nak rogol dan ambil barang anda. Saya alami perkara ni di Milan. Paling teruk dia mengaku dia pun Islam juga. Lagi sekali Allah selamatkan saya. Saya berjaya selamatkan diri dan pergi ke hotel yang terdekat. Nasib baik zaman sekolah dulu belajar tae kwan do dan silat. Dapat guna juga akhirnya. Fuh. Hilang duit sikit tapi tidak mengapa. Yang penting nyawa.

Memang silap saya mudah percaya bila dia cakap dia Islam. Tambahan saya sedang penat dan tak dapat berfikir dengan betul. Di Eropah orang Islam lagi susah nak percaya sebab kita tak tau dia betul-betul Islam atau tipu. Huhuhu betapa agama kita dipermainkan.
 
 
Sumber - VOCKET
 
 
 



CAR RENTAL LANGKAWI AIRPORT


Telefon: 013-4678128 | Link WhatsApp

Wednesday, 13 March 2019

TIP ASAS PENJAGAAN KERETA



31 TIP ASAS CARA MENJAGA KERETA



1. minyak hitam (Mengikut paras had & jenis minyak)



2. oil filter (tukar semasa menukar minyak hitam)







3. spark plug (tukar setiap 30,000 km)


4. battery (tambah air setiap kali servis)



5. belting (tukar setiap 80,000km). Tidak perlu tukar water pump jika tiada masalah bearing kasar atau bocor. Jimat duit jimat belanja. Kita kan orang susah.




6. clutch plate (mengikut keadaan)




7. fuel filter (tukar setiap 30,000km)





8. air filter (tukar setiap 30,000km)



9. gear oil (tukar setiap 20,000km)


10. brake fluid (mengikut keadaan)


11. brake pad (Mengikut keadaan)


12. power steering fluid




13. radiator coolant (tukar setiap 40,000km)



14. wiper (tukar setiap 30,000km)



15. air conditioner (Servis filter dan suis dibuka 1/2)




16. tyre (pam pada setiap bulan)




17. radio (Memastikan ditutup pada setiap mati enjin)




18. Radiator (Pastikan dibersihkan menggunakan air paip)



19. Fan radiator + aircon (Pastikan kipas hidup bila temp 1/2)




20. Lamp bulb (Periksa lampu setiap minggu)





21. Steering alignment (servis setiap 20,000km) 22. power window (Check setiap suis power window)



23. Beli kereta memahal kalau membelok tak reti nak bagi signal sila pergi meninggal.



24. Angin spare tayar dan spanar bukak tayar serta jack pastikan sentiasa ada.



25. Kalau park kereta di tengah panas pastikan ajuct lubang angin aircond tu pakai udara luar agar haba panas dalam kereta mudah bebas.


26. Untuk kereta2 injection pastikan minyak petrol sentiasa cukup. Jangan sampai lampu warning dah menyala baru nak topup minyak. Fuel pump mudah rosak jika diamalkn begitu.


27. Sentiasa rajin check fan belt pastikan dalam keadaan baik.


28. Untuk pengguna kereta auto pastikan enjin panas terlebih dahulu baru mulakan perjalanan. Bergerak waktu enjin sejuk punca utama gearbox auto mudah rosak…


29. Jangan main tambah2 minyak hitam jika enjin dah mempunyai penyakit makan minyak hitam.


30.Untuk enjin jenis yang pakai carberater pastikan pump padel minyak sekali sahaja sebelum enjin dihidupkan agar senang hidup. Jenis enjin yang pakai carberater memang susah sikit nak hidup. Nak senang hidup pump padel minyak sekali sahaja sebelum start. Kebaikannya juga stater motor tahan lama. Enjin yang susah hidup la punca stater cepat rosak.


31. Mencegah lebih baik dari merawat. Setiap kali masuk ke bengkel untuk service mintak tolong abang2 pomen checkkan kereta anda A to Z agar anda mudah tahu kalau-kalau ada benda-benda yang bermasalah dan perlu ditukar.









CAR RENTAL LANGKAWI AIRPORT


Telefon: 013-4678128 | Link WhatsApp