Thursday, 14 March 2019

TIP BAGI WANITA YANG NAK TRAVEL SECARA SOLO




Sama ada kalian travel seorang diri atau pun bersama kawan-kawan. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada bakal traveller di luar sana.


1. Penyeluk saku

Saya alami kejadian ini di Rome dan hampir menjadi mangsa. Ia berlaku di dalam keretapi. Macam subway gitu. Masa tu keadaan dalam keretapi agak dengan penumpang. Alhamdulillah, Allah masih lindungi saya.

Macam mana nak cam? Penyeluk saku ni tidak kisah lelaki atau perempuan. Biasanya muda. Dan masa saya kena, dia pakai baju musim sejuk yang labuh. Cukup untuk tutup tangan dia semasa giat merayap selongkar beg kita.

Saya bernasib baik sebab beg tu macam susah nak buka, banyak barang dan juga sebab saya cepat beralih daripada orang tersebut. Sebab dia himpit kita rapat sangat.

Suasana agak kecoh dalam keretapi bila saya tersedar apa yang dia sedang cuba lakukan kepada saya. Penyeluk saku itu kemudian melarikan diri lepas tekan butang kecemasan. Dan orang-orang yang ada di sekitar dalam keretapi mula pandang dan bertanya adakah dia ada lakukan sesuatu kepada saya dalam Bahasa Italy, konon-konon faham. Haha


2. Pegang handbag di depan dan letak tangan di atas bahagian beg yang boleh dibuka.
Saya biasa pegang beg dengan cara menyilangkannya di depan dan tangan diletakkan ke atas zip atau penutup beg jika masuk subway. Tapi masa dekat Rome, entah macam mana terlupa sekejap. Biasanya bila pegang beg macam tu saya selamat. Dapat elak jadi mangsa.


3. Jangan layan orang yang konon-konon nak meminta derma, meminta kalian tandatangan petisyen.

Itu semua strategi untuk mendapatkan duit. Di Paris ada banyak orang macam ni. Di Venice pun ada. Di Venice saya terkena. Hehe. Tapi tidak mengapa, kira niat baik masa tu nak tolong. 


4. Jangan ambil bunga ros free yang diorang bagi. 


Biasanya, mereka ni Gypsi. Kalau awak ambil, mereka akan kejar awak dan minta awak bayar. Dan awak WAJIB bayar sebab awak dah ambil. No return policy. Ni dekat Italy, Peranchis.


5. Di sekitar Eiffel Tower, akan ada orang datang borak-borak dengan awak. JANGAN layan.

Sebab nanti dia panggil geng dia datang dekat. Sedar-sedar, awak dah hilang barang awak. Mereka akan berlakon macam buat-buat tanya arah jalanlah.
Buat-buat tak faham Bahasa Inggeris dan nak mintak bantuan lah. Sila hati-hati. Orang yang berjalan berkumpulan atau dengan pasangan pun terkena dengan teknik ini.
 

6. Di kebanyakan tempat, awak akan jumpa banyak peminta sedekah.

Kebanyakannya berupa macam orang Islam tapi sebenarnya mereka berasal dari Romania. Jangan terkejut kalau ada yang bagi salam, sebut nama Allah dan sedekah.

Di sini, terserah pada kalian nak bagi ke tak. Saya pilihuntuk keras hati sebab risau ramai lagi yang akan datang. As I am travelling alone. Safety is my priority.
 

7. Di Turki, budak-budak akan datang peluk awak minta belas kasihan.

Tapi jaga-jaga dengan barang sebab kita tak pasti kot mereka ada ambil apa-apa. Di sini, jika awak bagi kepada seorang budak, budak-budak yang lain akan datang juga. Berhati-hatilah.
 

8. Dalam train metro/subway, akan ada orang sembahyang.

Macam berdoa dengan kuat. Lepas habis bacaan doa, dia akan datang minta duit sambil bawa tabung atau cawan.
 

9. Jangan senyum. Pendek kata kurangkan senyuman.

Sebab bila anda senyum ia memberi isyarat anda nak berkenalan dan sudi ke bilik tidur bersama. Ini masa jalan-jalanlah.

Mereka suka orang luar terutama yang bertudung. Sebab senang nak cam dan mungkin senang untuk djadikan mangsa. Again, it is ok to be nice. Just be careful.

Ada satu kejadian semasa di Paris, saya sedang tunggu keretapi Frankfurt dan duduk sorang diri di bangku. Ada beberapa orang di hadapan dan di sebelah saya.

Tiba-tiba ada seorang lelaki kulit putih datang duduk di sebelah. Dia taip dengan hp dia “I want to be your friend” and tunjukkan kepada saya. Saya cakap saya tak faham Bahasa Inggeris dan buat-buat blur.

Dia buat cubaan lagi sekali ajak berkawan. Saya tolak dan cakap macam “saya tak faham apa yang awak tulis” dengan mimic muka blur. Lepas tu, dia mengalah dan berlalu pergi.
 

10. Jangan sesekali percaya mereka yang tiba-tiba datang nak tolong.


Contohnya anda baru sampai dan rasa blur tidak tahu arah. Tiba-tiba ada orang datang kata, where are you going?

Anda pun tunjuk alamat. Dia kata dia boleh tolong bawakan. Sebenarnya, dia tipu. Dia nak rogol dan ambil barang anda. Saya alami perkara ni di Milan. Paling teruk dia mengaku dia pun Islam juga. Lagi sekali Allah selamatkan saya. Saya berjaya selamatkan diri dan pergi ke hotel yang terdekat. Nasib baik zaman sekolah dulu belajar tae kwan do dan silat. Dapat guna juga akhirnya. Fuh. Hilang duit sikit tapi tidak mengapa. Yang penting nyawa.

Memang silap saya mudah percaya bila dia cakap dia Islam. Tambahan saya sedang penat dan tak dapat berfikir dengan betul. Di Eropah orang Islam lagi susah nak percaya sebab kita tak tau dia betul-betul Islam atau tipu. Huhuhu betapa agama kita dipermainkan.
 
 
Sumber - VOCKET
 
 
 



CAR RENTAL LANGKAWI AIRPORT


Telefon: 013-4678128 | Link WhatsApp

No comments:

Post a Comment