LANGKAWI
Sesiapa sahaja boleh merasai pengalaman untuk bergayut dan merentasi hutan seperti Tarzan. Bagi pelabcong yang suka dengan aktiviti lasak dan semangat jiwa muda atau hati yang kental, anda sangat sesuai dengan aktiviti seperti ini. Apabila anda mencuba UMGAWA Zipline Eco Adventure di langkawi ini, sudah pasti akan mencabar tahap keberanian jiwa raga anda. Hanya terletak di Telaga Tujuh, Langkawi. Mereka menyediakan 12 kabel zipline yang panjangnya sehingga 200m. Aktiviti ini sangat best dan akan memberikan pengalaman yang seronok. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mencubanya apabila sampai di Langkawi.
2. Sunset Cruise Langkawi
Sunset Cruise langkawi merupakan salah satu tempat di mana menjadi tempat yang wajib dipergi untuk pasangan yang baru lepas berkhawin. Kalau-kalau ada yang bercadang nak honeymoon di Langkawi, Jangan lupa pula untuk singgah di sini. Bersama dengan yang tersayang, sambil naik cruise meluncur ke tengah lautan melihat keindahan panorama matahari yang sedang terbenam di ufuk barat, pasti akan menjadi memori romantis buat pasangan tersebut.
3. Kereta Kabel Langkawi (SkyCab Langkawi)
Kalau datang ke langkawi tetapi tidak mencuba untuk naik kereta kabel di sini memang sangat rugi. Kerana suasana sangat menggerunkan dan lebih menarik dibandingkan dengan tempat lain seperti cameron highland. Terdapat 3 pilihan gondolan yang boleh dipilih dan yang paling membuatkan anda rasa gayata adalah menaiki gondolan yang hanya berlantaikan kaca. Disitu kita akan dapat melihat suasana atau panorama dari atas.
4. Underwater World Langkawi
Destinasi yang tidak kurang popular di kalangan pelancong. Anda boleh membawa keluarga anda datang ke sini. Konsepnya adalah lebih kurang di Aquaria KLCC dan disini menempatkan ribuan marin termasuk ikan air laut dalam. Di samping iut, mereka juga mempunyai spesis binatang yang jarang dijumpai secara live. Hal ini, akan dapat menarik minat anak-anak dan dapat meningkatkan pembelajaran mereka.
5.Art In Paradise
Muzium ini merupakan satu-satunya konsep 5D yang terdapat di Malaysia. Misi muzium ini adalah untuk menjadikan tarikan ini berkait rapat dengan 5 pancaindera kita iaitu, bauan, pendengaran, visual rasa dan juga sentuhan. Destinasi ini merupakan salah satu tempat menarik di Langkawi yang masih lagi baru dan lokasinya terletak di Langkawi Fair Shopping Mall.
CAR RENTAL LANGKAWI AIRPORT
Telefon: 013-4678128 | Link WhatsApp
Facebook: Car Rental Langkawi Airport
Harrah's Philadelphia Casino & Racetrack - JamBase
ReplyDeleteHarrah's Philadelphia Casino & Racetrack. 777 시흥 출장샵 Harrah's Boulevard 광명 출장샵 Chester, 포항 출장안마 PA. (888) 경기도 출장안마 572-4700. 나주 출장안마 Website. http://www.harrahscasino.com/.