10 TEMPAT "BREAKFAST" TERBAIK DI LANGKAWI
Sarapan pagi merupakan perkara yang penting dalam memulakan pagi anda semua. Hal ini adalah kerana, dengan pengambilan sarapan pagi akan dapat meningkatkan tenaga kita. Semua orang seharusnya memulakan hari mereka dengan nutrien dan zat berkhasiat sebanyak mungkin. Satu perkara menarik berkenaan sarapan ialah terdapat makanan biasa di mana ia sebenarnya makanan super yang mengandungi nilai nutrien yang baik kepada kesihatan kita.
1. Nasi Lemak Rosalinda
Nasi lemak rosalinda ini memang terkenal di Area langkawi. Ini adalah kerana cara pembuatan nasi lemak nya yang "spesial"dengan cara tersendiri. Kedai nasi lemak rosalinda ini dibuka hari-hari. Kepada suri rumah yang malas nak masak hari minggu atau ada kerja lain yang perlu dibuat. Jadi anda bolehla pergi makan ke sini. Banyak pelancong dari dalam negeri yang sudah mencuba sarapan nasi lemak disini.
2. Roti Canai Kalut
Roti canai kalut memang menjadi menu pagi bagi penduduk yang berada di Langkawi. Menu di sini bukan sahaja roti canai, malahan terdapat juga roti bakar yang diatasnya diletakkan roti separuh masak. Memang kena dengan selera oang melayu kita. Telur juga kaya dengan protein. Oleh itu, memang sesuai sangat untuk diambil pada waktu pagi.
3. Cactus Restoran
Cactus restoran merupakan restoran yang terletak di Pantai Tengah. Restoran ini dibuka pagi sehingga jam 1.00 petang. Samabil menikmati sarapan pagi, kita juga dapat mendengar live music daripada solo artis. Suasana amat berbeza diberikan kepada pelanggan.
4. Bella Restaurant
Bella restaurant terletak di pantai cenang. Restoran ini menyajikan sarapan pagi yang baik untuk kesihatan dan memberikan tenaga di awal pagi. Menu yang disediakan adalah sangat membuka selera di awal pagi. Menu roti bersama pisang yang disediakan sangat membuka selera pagi dengan air neslo yang memang kaww dengan rasanya.
CAR RENTAL LANGKAWI AIRPORT
Telefon: 013-4678128 | Link WhatsApp
Facebook: Car Rental Langkawi Airport
No comments:
Post a Comment