Saturday, 9 March 2019

TEMPAT MAKAN 'BEST' DI LANGKAWI



 10 TEMPAT MAKAN BEST DI 
LANGKAWI

Langkawi merupakan tempat di mana menjadi tarikan pelancong sama ada tempatan mahupun luar negara. Langkawi juga adalah salah satu tempat di mana mempunyai pelbagai jenis makanan yang menjadi daya tarikan kepada penduduk tempatan di sana.



Selain daripada pemandangan yang cantik dan suasana yang tenang, Langkawi juga mempunyai tempat makan yang sedap dan kena dengan selera kita...

Harini saya nak bagitau hampa semua restoran atau kedai makan yang sedap gila bak hanggg...Haa dah keluaq bahasa kedah cheq...hehe


Walaupun saya ni bukan orang kedah dan baru sahaja datang ke kedah, saya dah dapat tangkap gaya bahasa dan percakapan mereka... Semua orang kedah kat sini memang sangat peramah dan senang untuk diajak sembang dan mudah untuk kita bersapa...Jadi kalau korang tak tahu jalan tu, boleh ja berhenti sekejap untuk bertanya... Ingat apa orang dulu-dulu pesan "Malu bertanya, sesat jalan".

1. JOM IKAN BAKAR



Pertama sekali saya nak bagitau anda semua mengenai JOM IKAN BAKAR punya kedai makan. Kedai Jom Ikan Bakar ni terletak di Padang Matsirat yee, bukannya titian sirat...hehe sempat pulak bergurau kan... Selepas dah penat membeli-belah di sekitar Beras terbakar tu, anda semua boleh la datang ke kedai makan ni untuk memenuhi selera makan anda semua. Di sini anda semua boleh pilih saiz untuk ikan bakar yang anda semua mahukan.


2. HBL FOOD CORNER



Tudiaaa, bak hang, kecor ayaq lioq...hehe
HBL Food Corner ini juga merupakan satu tarikan bagi penduduk tempatan dan pelancong yang ingin merasa nasi campur atau ayam bakar dari Langkawi ni. Mereka meletakkan lauk yang pelbagai untuk pelanggan pilih mengikut citarasa. Anda pasti rambang mata untuk memilih laut yang berada di depan mata.



3. EE BURGER TRIMULA CAFE


EE Burger Trimula Cafe ni terletak di Pekan Kuah Langkawi.
Untuk anda yang sukakan makanan Ala-ala Mat salleh, (Western). Anda boleh datang ke sini untuk merasai sendiri makanan di sini. Cafe ini menyajikan burger dan masakan western. Cafe ini dibuka setiap hari kecuali hari jumaat sahaja...




4. Air kelapa/Coconut Shake (Jalan Padang Matsirat)



Cuaca di Langkawi sangat sesuai untuk perkena coconut shake yang ada kat sini. Air kelapa juga memang sesuai untuk kita bersantai di tepi pantai . Dengan rasa air kelapa yang segar dan melazatkan akan dapat melegakan tekak yang sedang haus. Lokasinya, terletak di antara bulatan airport menuju padang matsirat.


5. RESTORAN TERONG


Restoran terong ini menyajikan pelbagai juadah yang sangat unik. Kesemua juadah tersebut sangat menarik dan rambang mata untuk dipilih dan dirasa. Lihat saja, gambar diatas sangat membuka selera bagi yang ingin sarapan pagi di restoran ini.

6. UNKAIZEN JAPANESE RESTORAN



Unkaizen japanese restoran merupakan satu-satunya, respotan jepun di Langkawi yang menawarkan makanan jepun seperti sushi. Restoran ini dimiliki oleh pasangan suami isteri yang telah berpindah ke jepun dan membuka restoran di Langkawi ini. Jadi pelancong dari jepun akan dapat merasai makanan mereka di Langkawi ini.



Sajian ini diberikan sentuhan asli dari pemiliknya yang memang berasal dari Jepun. Jadi memang tidak disangkal lagi kesedapan Air tangan mereka. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri.


7. RESTORAN PADANG PASIR


Restoran Padang Pasir ini merupakan restoran yang terkenal dengan Nasi Kandar yang memang meletop dan menyelerakan. Tambahan pula restoran ini dibuka sehingga waktu malam. Jadi juadah atau menu untuk makan malam adalah sangat menyelerakan seperti Capati dan banyak lagi.

8. ARTISAN PIZZA



Artisan pizza adalah salah satu restoran barat yang terletak di Pantai Cenang. Pizza merupakan menu utama, tetapi restoran ini juga menyediakan menu sampingan seperti Burger, Sandwish dan aiskrim dan banyak lagi. 



Jika anda berasa malas untuk keluar. Artisan pizza ini akan memberikan perkhidmatan untuk menghantar ke rumah anda. Menjadi tarikkannya adalah, mereka menghantar ke rumah tanpa meminta charge tambahan kepada pelanggan.


9. KAK YANG - NASI CAMPUR


Nasi campur memang terdapat di seluruh daerah atau negeri. Namun yang menjadi kelainan bagi Kak Yan Nasi Campur adalah kerena aneka lauk yang jarang-jarang terdapat di Kedai makan lain. Di samping itu, Kerabu Bronok juga adalah salah satu yang menjadikan Kedai Makan Kak Yan ini lain dari yang lain. Juadah yang disediakan adalah melebihi dari 30 Jenis lauk. Woww, memang rambang mata untuk membuat pilihan.



10. ROJAK HAFIZ



Dalam kita tengah bersantai di Tepi pantai. Jangan lupa untuk perkena Rojak Buah, laksa, nasi lemak bungkus, cendol dan mee rebus daripada kedai Rojak Hafiz ni. Jangan salah sangka dengan kesedapan laksa yang dihidangkan kepada anda. Populariti Laksa beliau sangat diketahui oleh semua penduduk tempatan. Kalau ada pelancong asing. Pasti, Rojak hafiz ini direkomen kan kepada mereka. 



CAR RENTAL LANGKAWI AIRPORT

Telefon: 013-4678128 | Link WhatsApp

No comments:

Post a Comment